Saturday 25 August 2012


Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Taburan Penduduk Negara Malaysia

1.       Taburan penduduk yang tidak sekata dipengaruhi oleh beberapa factor spt bentuk muka bumi, sejarah, kegiatan sosio-ekonomi, sumber mineral, pengangkutan dan sebagainya.
Perkhidmatan dan Pendidikan

Aktiviti-aktiviti perkhidmatan spt pentadbiran, perniagaan, perdagangan dan pelancongan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.
Hal ini menggalakkan tumpuan penduduk di Bandar-bandar spt Putrajaya(pentadbiran), Kota Kinabalu(pentadbiran dan perdagangan) dan Tanah Tinggi Cameron(pelancongan).
Pembinaan pusat pengajian tinggi spt di Kuala Lumpur dan Bandar Baru Bangi juga telah menarik tumpuan penduduk di kawasan tersebut.

Creadit : 
http://berlajar-geografi13.blogspot.com/2012/07/bab-7-taburan-penduduk.html#.UDmimsHiaE8
Sumber Mineral

Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.
Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.
Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan bijih timah.
Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban.
Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.
Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.
Credit :http://berlajar-geografi13.blogspot.com/2012/07/bab-7-taburan-penduduk.html#.UDmimsHiaE8
Kegiatan Sosio-ekonomi

perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.
penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.
Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.
Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.
Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.
Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Credit :
http://berlajar-geografi13.blogspot.com/2012/07/bab-7-taburan-penduduk.html#.UDmimsHiaE8
Sejarah

Kawasan petempatan awal di Malaysia menjadi tumpuan penduduk.
Petempatan awal terletak di muara sungai, tebing sungai dan pinggir laut.
Selat Melaka menjadi jalan perkapalan dan perdagangan yang penting yang menggalakkan perkembangan pelabuhan dan kegiatan perdagangan.
Kawasan yang kaya dengan longgokan bijih timah telah menggalakkan kegiatan perlombongan dan tumpuan penduduk. Contoh- Taiping dan Ipoh.
Pembukaan lading-ladang getah telah menggalakkan tumpuan penduduk terutama pekerja India


Credit :
http://berlajar-geografi13.blogspot.com/2012/07/bab-7-taburan-penduduk.html#.UDmimsHiaE8

Saturday 11 August 2012

Taburan Penduduk

     Pengangkutan dan Perhubungan

  1. Kawasan yang terdapat kemudahan pengangkutan dan perhubungan yg baik mempunyai taburan penduduk yg padat.
  2. Di kawasan yg jaringan pengangkutannya kurang, taburan penduduknya adalah kurang padat.
  3. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan membantu perkembangan perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
  4. Pembinaan Lebuh Raya Utara-Selatan telah menggalakkan perkembangan secara tidak langsung dan kepadatan penduduk di beberapa kawasan yang dihubungkan.
  5. Contoh- Sungai Petani, Jelapang, Senai dan Bukit Tengah.
  6. Di kawasan pedalaman, terdapat penduduk yang bertumpu di tempat-tempat yang berhampiran dengan jalan raya.
  7. Contoh- Nalapak dan Ranau, iaitu di sepanjang jalan raya yang menghubungkan Kota Kinabalu dengan Sandakan.
  8. Penduduk juga bertumpu di kawasan Pelabuhan Klang dan lapangan terbang spt Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sepang.
-terdapat peluang pekerjaan dan perkhidmatan yg lain.

Credit :
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html
Bentuk Muka Bumi

  1. Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai .
  2. Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
  3. Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.
  4. kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.
  5. kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.
  6. penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.
Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan
  1. Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn banyak gunung-ganang dan hutan tebal.
  2. keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adlh tinggi.
  3. namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.

Credit :http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html
Dasar Kerajaan/Govermen

1. Kerajaan memperkenal kan beberapa dasar untuk memajukan sektor perdagangan dan perindustrian.
2. Antaranya - Dasar Perindustrian Negara (DPN) dan Dasar Pertanian Negara.
3. DPN mewujudkan kawasan Zon Perindustrian Bebas yang menggalakkan pembinaan estet-estet      
perindustrian terancang.
4. Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan menjadi tumpuan penduduk.
5. Pembangunan kawasan luar Bandar di bawah Dasar Pertanian Negara telah membuka kawasan baru untuk pertanian.

Credit :
http://nota-afnan-tingkatan2.blogspot.com/2011/02/nota-geografi-tingkatan-2.html
Taburan Penduduk Negara Malaysia


Taburan Penduduk Negara Malaysia
Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.
79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% di Sarawak.
Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.



Credit : http://berlajar-geografi13.blogspot.com/2012/07/bab-7-taburan-penduduk.html#.UCcXEKHiaE8